Sunday, May 11, 2014

Tidak Mengapa tidak Percaya


ANDA PERCAYA DENGAN SAYA?

Ramai yang mungkin mengalami perasaan dan keadaan ini, ada orang yang tidak percaya dan yakin dengan diri kita, bagi saya itu perkara normal, orang tidak akan percaya tanpa melihat sesuatu contohnya, kejayaan, orang biasa-biasa pasti akan ragui  usaha kita, tapi bila berjaya baru mereka akan percaya. Itulah lumrah kehidupan, mesti lihat baru percaya. 

Sebab itu, bila ada yang tidak yakin dan tidak percaya dengan kita, maafkanlah mereka dan sentiasa bersangka baik dengan niat mereka, anggap sebagai teguran yang membina bukan membinasakan kita. Syukur masih ada yang amik peduli tentang hal kita, masih memberi komen yang membina atau sebagai push factor kita untuk berjaya dan berjaya.

Orang hebat atau luar biasa akan percaya sebelum berjaya, dan akan sentiasa berusaha tanpa pernah putus asa. Walaupun gagal bukan sekali, ujian dan dugaan bukan dua kali setahun tapi itulah langkah-langkah kecil ke arah kejayaan. Orang yang percaya selepas berjaya adalah orang tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh tapi mengharap kejayaan datang bergolek baru percaya, oh aku boleh rupanya. Alangkah sia-sia hidup hanya mengharap kejayaan tapi tidak mahu yakin dengan janji Allah.

Saya akan sentiasa maafkan orang tidak percaya dan tidak yakin dengan kemampuan diri saya, kerana mereka tidak berfikiran seperti apa yang saya fikir. Tapi saya tidak akan maafkan diri sendiri, yang tidak yakin dan tidak berpegang teguh dengan janji Allah, setiap yang berusaha pasti akn berjaya, anda berusaha anda akan dapat.Yakin dengan sepenuh hati dan pegang erat-erat janji Allah. InsyaAllah kita pasti akan berjaya dunia akhirat.


Saya sarankan pada semua pembaca blog saya, tidak kira apa jua yang anda lakukan, berbisness, belajar atau apa sahaja dalam hidup anda. Mesti PERCAYA SEBELUM BERJAYA, dan TERUS berusaha untuk Capai apa yang anda mahu dalam HIDUP dan pastikan AKHIRNYA kita berjaya dunia dan akhirat. DOAKAN saya terus kuat dan berjaya dunia akhirat aamiin. Terima kasih semua.

With love
Hanis Khiri


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
full edit blog :JIAKREATIFELT on 12/11/2013