Friday, March 28, 2014

Bersahabat kerana Allah SWT


Bersahabat pasti ada pertemuaan dan perpisahan, lumrah kehidupan kan. Cerita tentang persahabatan pasti banyak kenanganya manis mahupun pahit.Persahabatan kami selama hampir 6 tahun itu pasti terukir seribu kenangan terindah.

Terasa atau terluka itu pasti ada kadng kala bila bersahabat, tapi kalau kita bersahabat kerana Allah SWT pasti perasaan itu pasti hilang kan, itulah yang ana cuba didik hati ini, terima kelebihan dan kekurangan sahabat kita.biar sahabat kita melukakan dan menyakiti hati kita tapi jangan pernah sekali melakukan atau membalasnya. Kerana kita tahu kita bersahabat dengan mereka kerana Allah SWT.

          Ikhlaskan hati bersahabat dengan sahabat kita, susah senang kita bersama. untuk dpat shabat yang baik kita kena jadi dulu shabat yang baik kepda shabat kita. peringatan pada ana dan shabat, sentiasa bersangka baik dengan shabat kita, walaupun mulanya berfikir negatif ubahnya untuk jadi positif, kerana kita bersahabat kerana Allah SWT, walaupun mereka hanyut dengan duniawi sebagai sahabat jangan pernah meninggalkan mereka terkapai-kapai,nasihati dan tunjukanlah jalan yang benar. 

Ana mungkin bukan sahabat yang terbaik tapi ana cuba untuk men jadi sahabat yang terbaik insyaAllah. Teguranlah  ana andai ada terkasar bicara atau tersalah perbuatan, maafkan  ana andai ada salah dan silap.
Syukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan sahabat seperti kalian dan Syukran sahabatku  kerana menerima kekurangan ana dan menemani susah dan senang bersama ana. Semoga kita bersahabat hingga ke syurga, aamiin.


lagu ini khas untukmu sahabatku....devotees....

Sahabatku

Album :
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
full edit blog :JIAKREATIFELT on 12/11/2013