Monday, March 17, 2014

10 Tip Motivasi Untuk Menjaga Kesihatan


·         Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan anda.
·         Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu.
·         Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain.
·         Kepada ibu yang baru bersalin, menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh badan.
·         Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.
·         Melegakan tekanan: Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini.
·         Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah.
·         Apabila anda sihat dan cergas, anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu.
·         Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan penuh stamina.
·         Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun.
 credit to health.mylaunchpad.com.m

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
full edit blog :JIAKREATIFELT on 12/11/2013